Pengalaman pertama kali buat pemeriksaan mata menyeluruh dengan optometris bertauliah di Optom Eyecare Bangi, Selangor
Suami dah lama tak tukar cermin mata. Kali terakhir julia temani dia buat cermin mata sebelum PKP. Bayangkan betapa lama tu, dia dah mula mengadu cermin matanya tak berapa berfungsi dengan baik sebab waktu malam dia memandu nampak silau sangat ketara.