MASALAH MATA JULING KANAK-KANAK. RISIKO BUTA TANPA SEDAR & GIVEAWAY.

Mata juling

Apa Itu Mata Juling Kanak-Kanak?

Mata juling berlaku apabila kedua-dua mata tidak sejajar.

Ramai menganggap ia sekadar isu kosmetik. Hakikatnya, ia adalah

masalah neurologi visual yang serius.

Kesan langsung mata juling kanak-kanak:

  • Penglihatan berganda
  • Kekeliruan visual
  • Koordinasi mata, tangan jadi lemah
  • Prestasi membaca merosot

Kenapa Mata Juling Bukan Isu Kosmetik Semata-Mata?

kerana ia melibatkan cara otak memproses penglihatan, bukan sekadar rupa mata.

Penglihatan sebenar berlaku di otak, dan kedua-dua mata perlu sejajar untuk

menghantar imej yang seimbang. Apabila mata tidak selari, otak

menerima dua imej yang bercanggah.

Bagaimana Mata Juling Boleh Menyebabkan Buta Tanpa Sedar?

👉 otak akan mula mengabaikan imej daripada

mata yang juling. Inilah permulaan

buta tanpa sedar.

Kesan Mata Juling Terhadap Prestasi Pembelajaran & Akademik?

  • Lambat membaca & menulis
  • Sukar menyalin dari papan putih
  • Mudah hilang tumpuan
  • Keyakinan diri rendah
  • Prestasi peperiksaan merosot

Dalam jangka panjang:

  • Minat belajar menurun
  • Potensi akademik terbantut
  • Laluan pendidikan masa depan terjejas

Rawatan Mata Juling Kanak-Kanak Perlukan Masa & Konsistensi.

  • Rawatan awal memberi kelebihan
  • Sistem visual masih fleksibel
  • Otak masih boleh “dilatih”
  • Hasil rawatan lebih stabil

Buta Tanpa Sedar Ancaman Senyap Terhadap Masa Depan Anak.

Kesimpulannya, mata juling bukan masalah rupa, tetapi isu kesihatan visual yang boleh

menentukan masa depan seorang anak. Tanpa rawatan yang tepat dan awal oleh pakar

rawatan juling kanak-kanak, risiko kehilangan penglihatan kekal dan kesan jangka

panjang terhadap kehidupan anak adalah sangat tinggi. Kempen ini bukan tentang

giveaway semata-mata, tetapi tentang menyelamatkan potensi seorang anak.

Sebagai sebahagian daripada Kempen Kesedaran Risiko Buta Tanpa Sedar Kanak-kanak kami menawarkan

HADIAH GIVAWAY

1. Sepasang Kanta Premium, sebuah Cermin Mata Preskripsi bernilai satu ribu ringgit untuk seorang peserta dan

2. Sepasang Kanta Khas, sebuah Cermin Mata untuk seorang kanak-kanak terpilih yang anda sponsor menerusi giveaway kali ini.

CARA PENYERTAAN

1.  Sediakan content ringkas mengenai Giveaway kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan seperti juling.

2. Kanak-kanak yang terpilih selepas tamat tempoh Giveway akan dihadiahkan cermin mata khas.

3. Manakala peserta giveaway pula bakal mendapat sepasang Kanta Premium untuk sebuah Cermin Mata Preskripsi.

4. Jangan lupa tag link ke 5 blog dan TikTok rakan-rakan anda bagi melengkapkan syarat penyertaan.

POLISI GIVEAWAY

1. Objektif

• Meningkatkan kesedaran tentang buta tanpa sedar

• Mengalakkan pemeriksaan mata awal

• Membantu kanak-kanak yang memerlukan rawatan visual.

2. Saringan & Penilaian

• Peserta giveway yang terpilih wajib menjalani pemeriksaan mata komprehensif atau sekurang-kurangnya mempunyai rekod rawatan 3 bulan terkini bagi penerima sponsor.

• Penerima sponsor akan mejalani beberapa saringan untuk kepastian.

3. Skop Terapi

• Jenis kanta functional yang bakal diterima adalah berrdasarkan kes.

• Hanya melibatkan SOP terapi oleh Optometris bertauliah sahaja. Tidak melibatkan pembedahan, kos rawatan luar daripada skop klinikal optometris.

4. Pemilihan Pemenang

• Keperluan klinikal

• Potensi kebekesanan terapi.

• Keputusan Adalah muktamad.

5. Etika & Privasi

• Semua maklumat kesihatan penerima sponsor dan peserta giveaway dirahsiakan

• Sebarang perkongsian media memerlukan kebenaran bertulis ibu bapa.

Scroll to Top