Blog
image

Pemeriksaan Mata Di Optom Eyecare Bangi

Selama 16 tahun ni, bermacam jenis cermin mata dah aku pakai, tiap kali nak buat cermin mata baru, pergi check dan terus buat ikut power masa aku check tu. Tapi sejak dua tiga tahun ni, aku suruh kedai tu buat power cermin mata, ikut power cermin mata sebelum ni. Tapi baru ni aku ke Bangi, ke Optom Eyecare atas cadangan kawan-kawan. Rupanya, Optom Eyecare ni bukan sekadar kedai untuk buat cermin mata. Sebelum buat cermin mata tu, dorang akan check secara keseluruhan keadaan mata kita.